Aku. Dan hanya Aku.

Cuma aku yang boleh sayangkan diri sendiri lebih dari orang lain sayangkan aku. Cuma aku yang boleh aku percaya. Cuma aku yang tahu kasihankan diri sendiri. Cuma aku yang boleh berdiri untuk diri sendiri. Cuma aku yang boleh diharap untuk diri sendiri. Cuma aku dan hanya aku seorang.

Kerana manusia akan berpaling arah saat aku benar benar memerlukan. Kerana bunga akan layu saat aku hauskan keceriaan. Kerana kereta akan rosak pabila aku penat berjalan. Kerana handphone boleh hilang tatkala aku inginkan permainan. 


Relakan saja kerana inilah kehidupan.