Hanya secebis luahan.

Di saat aku yakin bahawa aku sudah cukup matang, sudah terlalu kuat, sudah mampu untuk hadapi semua ini, aku melihat di satu sudut betapa insan lain bediri jauh di hadapan aku. Berdiri dengan megahnya. Berdiri tanpa rasa ragu. Saat aku menyedarinya, aku rasa seperti di ketuk sehingga lutut jatuh ke lantai, sehingga dahi mencecah bumi. Lemah longlai bak mayat hidup. Pilu. Rapuh. Rapuh serapuh rapuhnya. Kecewa yang aku sendiri tidak dapat nyatakan, jauh sekali untuk luahkan.

Aku. Aku sama seperti orang lain. Tidak pernah berasa cukup. Sehingga satu tahap, aku sendiri tidak tahu siapa diri aku yang sebenar. Tercari-cari identiti sendiri. Terkial-kial cuba mengenali hati ini. Dan akhirnya, hanya kegagalan yang sudi menemani. Gagal mengenali diri sendiri. Gagal untuk memberi kehendak hati ini.

Kadang aku terfikir, adakah adil kepada diri yang naif ini untuk membuainya dengan sesuatu yang aku sendiri   tidak pasti jawapannya. Kadang aku membazirkan manik-manik jernih di pipi tanpa mengetahui kenapa. Kadang aku biarkan diri mengulangi kesilapan lalu. Kadang aku relakan saja hati ini dibakar dengan api cinta jalanan yang datang tak diundang, pergi tak berhalang. Terasa kebodohan menguasai diri.

Setiap kali aku cuba mencari jawapan untuk soalan "siapa aku?" Hati kecil sering berkata "Kamu, kamu Harlina" dan mati di situ saja. Sedang itu bukan jawapan yang aku cari!

Aku yakin semua insan melakukan kesilapan kerana kesempurnaan itu tidak wujud. Persoalanya, berapa ramai yang belajar dari kesilapan? Kerana pada aku mengulangi kesilapan yang sama itu adalah sesuatu yang lazim. Kerap kali aku tersungkur dengan jawapan yang aku pilih sendiri. Kadang kala perasaan sedar itu hanya hadir setelah pilihan silap aku zahirkan. Kesilapan dan aku tidak banyak bezanya. Oleh kerana ini kehidupan, aku relakan saja.

Find me please. I've been lost for too long.