Pergi atau teruskan statik.

Aku mahu jaga apa yang aku ada sekarang. Kalau boleh aku tak mahu benda tu hilang. Kalau boleh sampai bila-bila. Even aku tahu, lambat laun semua tu akan pergi dengan rela hati mereka. Macam yang makhluk makhluk sebelum ni buat. Selagi aku ada benda tu, aku mahu genggam sampai lumat. Hihi melampau. Aku akan hargai setiap masa yang ada. Aku akan guna dan cuba jadi kan semua tu gula kepada perkara pahit yang bakal datang. Auwww!


Bila aku rasa aku patut lepaskan semua. Aku akan lepaskan. Bila aku rasa aku sudah sedia hadapi apa apa keputusan yang mungkin bakal membunuh. Bila aku rasa aku suda cukup kuat untuk berperang dengan perasaan kecewa yang menggunung. Tapi bukan sekarang. Suatu hari nanti mungkin. Aku akan reveal apa yang tak patut aku pendam dan yang patut aku luahkan. Aku nampak begitu kuat berkata kata. Sangat yakin dan over disitu. Hihi.


Saat itu, aku tak perlu apa apa jawapan. Aku tak minta apa yang kau rasa aku minta. Aku hanya perlu telinga kau untuk mendengar dengan teliti apa yang aku cuba sampaikan. Aku hanya perlu hati kau untuk memahami apa yang aku luahkan. Aku just mahu leraikan semua. Oh ya, dan sedikit perasaan timbang rasa supaya membuat respon yang betul. Itu sudah cukup. Kau tunggu tahu!


Dan selepas itu, kalau kau mahu jadi makhluk yang sebelum sebelum ini juga tidak mengapa. Aku faham. Aku akan pakai kasut dan pergi.